Setiap manusia memerlukan pasangan hidup supaya zuriat manusia berkekalan dari satu generasi ke generasi. Tanpa pasangan sudah pasti manusia akan pupus di muka bumi ini. Tuhan jadikan lelaki dan perempuan adalah bagi memastikan kita boleh meneruskan kehidupan berpanjangan sehinggalah berlaku hari kiamat.
Sepasang kaki dapat berjalan atau berlari dengan baik berbanding dengan satu kaki. Lahirnya zuriat makhluk kerana mereka berpasangan. Begitulah kekuatan yang anda boleh lakukan andainya dilakukan dengan cara berpasangan.
Sebuah pasukan atau organisasi tidak akan menjadi kuat atau cemerlang sekiranya tiada pasangan dan dalam konteks ini pasangannya ialah antara pemimpin atau ketua dengan anak buah atau pekerja mereka.
Seorang pemimpin yang bagus tidak akan menjadi kuat jika tidak dibantu oleh anak buahnya yang bagus; dan begitulah juga jika anak buahnya cemerlang tidak akan menjadi maju oraganisasinya jika para pemimpin mereka tidak cemerlang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan