Kita dikenang kerana jasa yang pernah kita taburkan kepada orang lain atau masyarakat. Semasa kita berkeupayaan dari segi tenaga, harta, wang dan kedudukan kita mempunyai peluang yang besar untuk berjasa kepada mereka.
Jasa melalui sumbangan tenaga kita seperti membantu isteri mengemas rumah, membasuh pakaian atau turut serta dalam majlis gotong royong seperti membersih kawasan perumahan atau menyediakan masakan dalam majlis pekahwinan jiran. Kita juga boleh memberi sumbangan wang atau barangan sekadar kita mampu kepada saudara mara atau orang yang memerlukan.
Ketika kita berkuasa atau berkedudukan tinggi kita perlu mewujudkan hubungan baik dengan orang bawahan dan orang-orang yang kita kenali. Perasaan rendah hati dan sentiasa senyum bila bertemu dengan mereka merupakan sikap yang pasti akan dikenang apabila kita sudah tidak lagi mempunyai kedudukan atau pangkat.
Pemimpin masyarakat seperti wakil rakyat, ketua jabtan, menteri, pengerusi pertubuhan atau orang berada yang berjaya menyediakan kemudahan awam seperti membina jambatan, jalan raya, taman rekreasi, tempat ibadat atau sekolah merupakan orang yang berjasa dan dikenang masyarakat.
Ramai di kalangan kita ketika mempunyai harta, kedudukan atau kuasa tidak menggunakan peluang untuk membantu orang lain dan mewujudkan hubungan baik dengan mereka tetapi lebih memberi perhatian untuk membangunkan diri sendiri dan keluarga. Golongan seperti ini tidak akan dikenang sebagai orang yang berjasa setelah mereka sudah tidak lagi mempunyai kelebihan itu atau meninggal dunia.
Kita dikenang baik kerana jasa baik yang kita sumbangkan dan sebaliknya kita tidak dikenang atau dikenang sebagai orang yang tidak berjasa kerana kita tidak menggunakan peluang ketika kita mempunyai peluang untuk membuat sesuatu kebaikan kepada orang lain.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan