Jujur itu terpuji dan tidak jujur itu merugikan. Kita bertindak jujur atau tidak agak susah untuk dikesan oleh orang lain. Kita lebih mengetahui tentang apa yang kita lakukan. Perbuatan tidak jujur melibatkan penipuan dan merugikan orang lain.
Peniaga selalunya terdedah dengan aspek kejujuran. Mereka yang tidak jujur boleh menjual barang-barang dengan mencampurkan yang baru dan lama menyebabkan pembeli tidak sedar adanya percampuran itu. Contohnya ikan, buah-buahan, beras, sayur, telur dan sebagainya.
Orang tidak jujur biasanya hidup senang dalam jangka pendek dan susah jangka panjang. Biarlah kita mendapat untung sedikit kerana jujur daripada banyak kerana ketidakjujuran.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan